Jom Jadi

Perunding Jualan Umrah Pelancongan

Langkah Memohon Perunding Jualan TH Travel

1. Baca Garis Panduan

Sebelum mengisi borang permohonan, pastikan anda membaca semua syarat-syarat yang akan dimaklumkan didalam Garis Panduan.

Mengisi Borang Permohonan

Klik pada butang ‘Sertai Sekarang’ untuk mengisi borang permohonan secara atas talian. Anda juga dikehendaki memuat naik dokumen seperti gambar dan salinan kad pengenalan melalui borang nanti.

Terima Jawapan

Anda akan dihubungi oleh wakil syarikat bagi memaklumkan jawapan permohonan anda.

Garis Panduan

Klik Untuk Selanjutnya

Jom Sertai PJT THTS

Sertai Sekarang!

Soalan Lazim (FAQ) Perunding Jualan THTS

1. Apakah peranan Perunding Jualan THTS?

Perunding Jualan THTS bertanggungjawab mempromosikan pakej dan perkhidmatan THTS, memberi penerangan kepada pelanggan serta membantu proses pendaftaran sehingga selesai.

2. Adakah saya perlu mempunyai pengalaman dalam bidang jualan?

Tidak semestinya. Pengalaman jualan adalah satu kelebihan, namun latihan dan bimbingan akan diberikan kepada semua Perunding Jualan yang berdaftar.

Adakah latihan disediakan oleh pihak THTS?

Ya. THTS menyediakan latihan, panduan produk serta sokongan pemasaran bagi membantu Perunding Jualan menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

Bagaimana struktur komisen diberikan?

Perunding Jualan akan menerima komisen berdasarkan pakej atau perkhidmatan yang berjaya didaftarkan.

Berapakah kadar komisen yang ditawarkan?

Komisen yang ditawarkan adalah  sehingga RM1,000 bagi setiap pelanggan (pax), bergantung kepada jenis pakej atau perkhidmatan yang didaftarkan serta terma yang ditetapkan oleh pihak THTS.

Adakah ini kerjaya sepenuh masa atau separuh masa?

Ia fleksibel. Anda boleh menjalankan peranan sebagai Perunding Jualan secara sepenuh masa atau separuh masa mengikut kesesuaian.

Apakah sokongan yang diberikan kepada PJT?

PJT akan menerima bahan promosi, maklumat terkini pakej, sokongan pentadbiran serta khidmat nasihat daripada Unit Jualan / Cawangan THTS terdekat.

Siapakah yang sesuai menjadi Perunding Jualan THTS?

Individu yang berminat dalam bidang jualan, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, berdisiplin dan komited membantu pelanggan adalah amat digalakkan.

Bagaimana proses untuk mendaftar sebagai PJT?

Calon perlu mengisi borang pendaftaran, menghadiri sesi taklimat dan melengkapkan dokumen yang diperlukan sebelum dilantik secara rasmi.

Apakah kelebihan menyertai PJT THTS?

Selain peluang menjana pendapatan, PJT berpeluang membina rangkaian, meningkatkan kemahiran komunikasi, menjadi sebahagian daripada organisasi yang berstruktur dan dipercayai, serta berpeluang menunaikan umrah atau melancong bersama jemaah THTS.

©2026 Copyright | Tabung Haji Travel & Services (197201001172 (12778-H)) (KPL/LN: 3602)